Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Februari 2026, dengan LDP dijangka memenangi sehingga 328 kerusi. Gabungan bersama Ishin memberikan supermajoriti dua pertiga. Kemenangan ini membuka laluan kepada agenda pemotongan cukai dan peningkatan perbelanjaan pertahanan bagi menghadapi China, walaupun pasaran bimbang dengan risiko fiskal. Rakyat tetap keluar mengundi walaupun negara dilanda salji tebal.
Transcript
00:01Perdana Menteri Jepun, Sane Takachi mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum selepas kembungan pemerintahnya menyapu majoriti 2 per 3 di Dewan Rendah.
00:11Takachi, 64 tahun, dijangka memperoleh sehingga 38 daripada 465 kerusi di Dewan Rendah melalui Parti Liberal Demokratik, LDP.
00:21Kemenangan ini membuka laluan untuk beliau memperkukuh mandat dengan melaksanakan plan pemotongan cukai dan peningkatan perbelanjaan pertahanan bagi menghadapi ancaman Cina.
00:34Dengan sokongan rakan gabungan Japan Innovation Party, Ishin, Takachi kena mempunyai super majoriti 2 per 3 membolehkannya mengatasi Dewan Atasan yang tidak dikawal LDP.
00:46Sebelum ini, Takachi mengadakan pilihan raya mengejut pada musim sejuk, satu langkah jarang berlaku bagi memanfaatkan popularitinya yang melonjak sejak mengambil alih jawatan ketua parti hujung tahun lalu.
01:00Walaupun negara berdepan rekod salji tebal yang menjejaskan trafik dan memaksa beberapa pusat mengundi ditutup lebih awal, pengundi tetap keluar melaksanakan tanggungjawab.
01:10Kemenangan besar Takachi mencetuskan dua reaksi berbeza di mana pasaran kewangan bimbang terhadap janjinya untuk menangguhkan cukai jualan makanan 8% kerana Jepun mempunyai beban hutang terbesar dalam kalangan ekonomi maju.
01:26Selain itu, Cina turut bimbang menuduh dasar keselamatan Takachi sebagai usaha mengembalikan pendekatan ketenteraan Jepun masa lalu.
01:34Kemenangan ini dilihat bakal mempercepat rancangan Tokyo memperkukuh pertahanan termasuk kerjasama rapat dengan AS dalam mengharapi pengaruh Cina di rantau Indo-Pasifik.
Comments

Recommended