Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Kerajaan Negeri Johor mengumumkan peruntukan RM17 juta khusus untuk masyarakat Cina sebagai hadiah Tahun Baharu Cina 2026. Peruntukan melibatkan sektor pendidikan, kebudayaan, rumah ibadat, Kampung Baru Cina dan program perayaan termasuk ang pow. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini adalah peruntukan terbesar setakat ini, dipacu kemajuan ekonomi Johor termasuk JS‑SEZ. Kerajaan negeri menegaskan komitmen kepada perpaduan dan semangat Bangsa Johor.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Johor mengumumkan peruntukan keseluruhan berjumlah 17 juta ringgit khusus untuk manfaat masyarakat Cina di negeri itu sebagai hadiah Tahun Baharu Cina 2026.
00:11Menteri Besar Johor Dato' On Hafiz Ghazi berkata peruntukan tersebut adalah usaha memastikan semua kaum di Johor mendapat sokongan sewajarnya dari aspek pendidikan, pembangunan sosial, kebudayaan dan perpaduan.
00:23Menurut beliau peruntukan pendidikan melibatkan 1 juta ringgit kepada Kolej Universiti Selatan SUC, 3.27 juta ringgit kepada 10 sekolah menengah persendirian Cina dan 1.3 juta ringgit kepada 219 sekolah jenis kebangsaan Cina SJKC termasuk bilik guru dan PIBG.
00:45Beliau berkata sokongan ini penting bagi memastikan institusi pendidikan Cina terus membina kecemelangan akademik serta menyokong generasi muda di Johor.
00:56Kerajaan Negeri turut memperuntukkan 1.5 juta ringgit kepada aktiviti tarian singa maju Johor, 2 juta ringgit untuk rumah ibadat bukan Islam dan NGO Tionghoa dan 3 juta ringgit melalui bantuan kasih Johor kepada kampung baru Cina.
01:12On Hafiz berkata bantuan tersebut merupakan komitmen Kerajaan Negeri dalam memelihara warisan budaya masyarakat Cina dan memastikan keharmonian berbilang kaum di Johor terus kukuh.
01:24Selain itu bagi memastikan sambutan tahun baru Cina tahun ini lebih meriah, Kerajaan Negeri memperuntukkan 4.36 juta ringgit bagi pelaksanaan pelbagai program perayaan termasuk pemberian ampau.
01:36Beliau berkata peruntukan kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negeri di pacu pertumbuhan ekonomi Johor yang semakin kukuh.
01:45On Hafiz menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan meminggir mana-mana kaum atau agama sebaliknya akan terus mengangkat semangat bangsa Johor sebagai asas perpaduan dan kemajuan negeri.
01:55Terima kasih telah menonton!

Recommended