00:00Sekurang-kurangnya, empat mahasiswa India cedera dalam satu serangan menggunakan pisau di sebuah universiti perubatan di wilayah Bashkortostan, Rusia pada Sabtu.
00:11Menurut pasukan penyiasat Rusia, suspek dipercayai berusia 15 tahun.
00:30Menurut dapuran awal, seorang remaja bersenjatakan pisau telah memasuki sebuah asrama universiti berkenaan yang terletak di Bandar Ufa.
00:45Kementerian Dalam Negeri Rusia memaklumkan remaja itu telah menyerang penghuni asrama berkenaan dan menikam beberapa individu.
00:52Suspek dikatakan bertindak melawan ketika ditahan dan bertindak mencederakan dirinya sendiri selain dua pegawai polis turut ditikam dalam insiden berkenaan.
01:03Suspek yang mengalami kecederaan serius kemudian dihantar ke hospital kanak-kanak.
01:09Dalam perkembangan sama, pihak kedutaan India di Moskow berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memberi bantuan kepada mangsa.
Comments