Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Anjung Syawal merupakan salah satu komponen utama bagi Festival Ramadan Putrajaya 2026 (FRP2026) anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) di mana festival ini tersenarai di dalam kalendar acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026 – VM2026).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penganjuran Anjung Syawal Putrajaya bersempena dengan Festival Ramadhan Putrajaya 2026 FRP 2026
00:08dicangka menjadi antara Tarikan Tahun Melawat Malaysia 2026 VM 2026.
00:14Berlangsung dari 18 Februari hingga 19 Mac 2026 bertempat di dataran Putrajaya Pizin 3 Putrajaya Anjung Syawal FRP 2026
00:24dicangka menarik kehadiran sehingga 1 juta pengunjung.
00:30Pengurus Penganjuran Anjung Syawal FRP 2026, Mohd Amin Nuriman Azmi berkata
00:34acara itu menyasarkan jualan keseluruhan mencecah RM40 juta selain menarik lebih 1 juta pengunjung sepanjang tempoh penganjurannya.
00:43Beliau berkata penganjuran program itu bukan sahaja memberikan limpahan ekonomi kepada peniaga
00:48tetapi juga berfungsi sebagai platform mempromosikan pelancongan berimpak tinggi
00:53yang menampilkan gabungan elemen budaya, hiburan, keusahawanan dan kerohanian.
00:58Anjung Syawal yang disenaraikan secara rasmi dalam kalender TMM 2026 menerusi FRP 2026
01:04Anjuran Perbadanan Putrajaya PPJ akan berlangsung di dataran Putrajaya Pizin 3 dari 18 Februari hingga 19 Mac ini.
01:13Antara tarikan utama Anjung Syawal FRP 2026 ialah peragaan fesyen busana Aidilfitri
01:18serta pertunjukan kebudayaan yang dirangka bagi menawarkan pengalaman pelancongan berasaskan acara
01:24dan budaya kepada pengunjung.
01:26Selain itu pengisian kerohanian turut menjadi fokus utama menerusi ceramah agama dan tazkirah
01:31melibatkan 31 penceramah termasuk penampilan khas mufti wilayah persekutuan Ustaz Ahmad Fawaz Fazil.
Comments

Recommended