Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis menahan dua beranak selepas disyaki terlibat kes menyamar anggota polis dan menyamun wang tunai berjumlah RM720 milik seorang lelaki warga Bangladesh di Melaka Ahad lepas.
Transcript
00:00Polis menahan dua beranak selepas disyaki terlibat kes menyama anggota polis dan menyamun wang tunai berjumlah RM720 bilik seorang lelaki warga Bangladesh di Melaka ahad lepas.
00:12Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patip berkata bapa dan anak lelakinya masing-masing berusia 51 dan 25 tahun ditahan di kawasan perindustrian ringan Teluk Mas dan di sebuah pondok di kawasan Masjid Al-Alami di Aikroh pada 1 dan 2 Februari lepas.
00:30Beliau berkata modus operandi suspek ialah menghampiri mangsa yang merupakan warga negara Bangladesh yang sedang mengayuh basikal sebelum mengarahkan mangsa berhenti dengan mendakwa mereka sebagai anggota polis.
00:44Suspek kemudian berpura-pura memeriksa beg sandang mangsa sebelum melarikan wang tunai yang disimpan dalam beg tersebut.
00:51Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek negatif dan suspek utama iaitu lelaki berusia 51 tahun mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan rogol, samun dan tipu.
01:04Manakala anaknya pula mempunyai satu rekod jenayah melibatkan kes menyama sebagai polis dan samun.
01:09Christopher berkata dengan tertangkapnya dua suspek berkenaan, polis percaya telah berjaya menyelesaikan satu kes samun yang disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 170 Kanun Kesiksaan.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended