00:00Ribut memawa hujan lebat serta angin kencang menyebabkan gangguan meluas di selatan Spanyol dan Portugal.
00:07Perkhidmatan Cuaca Spanyol AMET memberi amaran,
00:10sesetengah kawasan berisiko menerima jumlah hujan bersamaan purata setahun dalam tempoh hanya beberapa jam.
00:19Di wilayah Andalusia, kira-kira 3,000 penduduk dipindahkan dari kawasan perumahan tanah rendah berikutan banjir.
00:26Sekolah ditutup, perkhidmatan kereta api tergendala di beberapa laluan dan beberapa jalan raya ditutup.
00:32Keadaan yang sama turut berlaku di Portugal yang mana usaha pemulihan masih dijalankan,
00:59susulah ribut kuat minggu lepas menyebabkan kerosakan besar.
01:04Banjir baru dicetuskan oleh ribut terbaru iaitu dinamakan Leonardo oleh pihak berkuasa yang memutuskan hubungan beberapa desa.
01:13Ia sekaligus menyebabkan sungai melimpah dan memaksa sekolah terus ditutup.
01:18Jalan raya dan perkhidmatan real turut terjejas terutamanya akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.
01:23Perkhidmatan cuaca Portugal IPMA memberi amalan ribut lain dijangka menyusul dalam beberapa hari akan datang.
Comments