00:00Kerajaan Kemboja meminta Perancis menyerahkan dokumen sejarah berkaitan pemetaan sempadan.
00:06Menurut kenyataan Kementerian Luar Kemboja, langkah itu bagi membantu menyelesaikan pertikaian berlarutan dengan Thailand.
00:16Perdana Menteri Hunmanet dalam surat rasmi kepada Presiden Emmanuel Macron
00:20memohon akses kepada dokumen sejarah dan teknikal disimpan Perancis sejak era penjajahan termasuk peta asal sempadan tahun 1907.
00:30Pemetaan sempadan sepanjang 817 km itu dilakukan ketika Kemboja berada di bawah perlindungan Perancis
00:37menggunakan garis puncak bukit sebagai asas pembahagian wilayah.
00:42Kawasan pertikaian kini merangkumi beberapa tapak sejarah utama.
00:46Ini termasuk kuil Hindu abad ke-11 Praviha dikenali di Thailand sebagai Kao Pravihan
00:52yang pernah mencetuskan ketegangan diplomatik dan ketenteraan di antara kedua-dua negara.
00:57Dalam kenyataan itu Kemboja memaklumkan Hunmanet mengalukan kepakaran dan sokongan teknikal Perancis
01:03sambil menegaskan Macron sebelum ini menyatakan kesediaan membantu proses damai.
01:08Penglibatan Perancis dianggap penting memandangkan negara itu memiliki rekod kolonial
01:12yang menjadi asas tuntutan kedua-dua pihak.
01:15Setakat ini Perancis belum memberikan maklum balas rasmi.
01:18Namun kenyataan diplomatik sebelum ini menunjukkan Paris bersedia menawarkan kerjasama.
01:24Ini termasuk penyediaan dokumen sejarah dan nasihat teknikal bagi menyokong penyelesaian secara aman.
Comments