Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengkritik keras wartawan CNN, Kaitlin Collins selepas beliau mengajukan soalan berkaitan mendiang pesalah seks Jeffrey Epstein.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membidas wartawan CNN, Kathleen Collins, susulan pertanyaannya mengenai mendiang pesalah seks Jeffrey Epstein.
00:10Trump turut menyifatkan wakil media itu sebagai wartawan paling teruk pernah beliau jumpa sambil mendakwa Kathleen merupakan seorang yang sombong.
00:30Dalam pada itu, Trump turut ditanya wartawan lain mengenai reaksi beliau terhadap laporan bahawa bekas Presiden Bill Clinton serta isrinya Hillary Clinton akan memberi keterangan dalam siasatan Kongres berhubung Epstein.
00:59Trump menyifatkan perkara itu sebagai menyedihkan dan menyatakan beliau bersimpati terhadap apa yang perlu mereka lalui.
01:07Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendedahkan jutaan dokumen dalaman berkaitan Epstein yang mendedahkan hubungan beliau dengan Trump semasa sebelum menjadi Presiden.
01:17Jutaan dokumen itu juga mendedahkan sejumlah tokoh terkenal dalam politik, kewangan, akademik dan dunia korporat termasuk sebelum dan selepas beliau mengaku bersalah atas petuduhan pelacuran pada 2008.
01:32Epstein ditemui mati pada 2019 di dalam sel penjara Manhattan dengan kes itu disahkan sebagai bunuh diri.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended