Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid sedia memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa pegawai kanan kerajaan negeri dalam isu dana zakat.
Transcript
00:00Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Maib, Datuk Dr. Mohd Abdul Hamid, sedia memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dawaan penyalahgunaan kuasa pegawai kainan kerajaan negeri dalam isu dana zakat.
00:13Mohd yang juga timbalan Ketua Menteri Satu berkata setakat ini, Maib dan zakat Maib telah memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, yang sedang menyiasat kes itu.
00:25Katanya setakat ini beberapa pegawai telah dipanggil ke SPRM untuk bantu siasatan.
00:35Beliau bagaimanapun mengesahkan belum dipanggil SPRM untuk memberi keterangannya, namun bersedia untuk memberi kerjasama kerana semuanya telus dan mengikut proses yang ditetapkan.
00:45Mohd mengulas mengenai siasatan SPRM Pulau Pinang berhubung dawaan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri berkaitan urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat di negeri itu.
00:58Sebelum ini, SPRM dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dengan pasukan siasatan juga dilaporkan telah hadir ke beberapa pejabat yang disyaki terbabit bagi mendapatkan dokumen berkaitan.
Comments

Recommended