Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menurut laporan media rasmi China, setiap kenderaan yang dijual di pasaran negara itu akan diwajibkan mempunyai mekanisme pembuka pintu secara mekanikal di bahagian dalam dan luar.
Transcript
00:00China menjadi negara pertama di dunia melarang penggunaan pemegang pintu tersembunyi pada kenderaan elektrik EV.
00:07Ia susulan kebimbangan terhadap aspek keselamatan selepas beberapa insiden kemalangan maut melibatkan kenderaan yang tidak dapat dibuka ketika kecemasan.
00:18Langkah itu dibuat ketika industri EV global kini berdepan penelitian ketat pihak berkuasa keselamatan antarabangsa.
00:25Ini termasuk dua nahas di China membabitkan model EV Xiaomi di mana kegagalan kuasa dipercayai menyebabkan pintu tidak dapat dibuka.
00:34Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa 1 Januari 2027.
00:39Menurut laporan mida rasmi China, setiap kenderaan yang dijual di pasaran negara itu akan diwajibkan mempunyai mekanisme pembuka pintu secara mekanikal di bahagian dalam dan luar.
00:49Model yang telah lulus ke lulusan pengawal selia dan berada pada peringkat akhir sebelum pelancaran, diberi tempoh tambahan 2 tahun untuk membuat pelarasan.
01:00Walaupun peraturan baharu ini hanya terpakai untuk kenderaan yang dijual di China, pengaruh besar negara itu dalam industri automotif global dijangka memberi kesan kepada pasaran antarabangsa.
01:11Dalam pada itu, pihak berkuasa keselamatan di Eropah turut mempertimbangkan peraturan mereka sendiri terhadap rekaan pemegang pintu sedemikian.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended