Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
UiTM mencatat sejarah apabila berjaya melaksanakan pelancaran nanosatelit UiTMSAT-2, satelit pertama hasil kolaborasi ASEAN di bawah program ASEANSAT, memperkukuh reputasi universiti dalam bidang teknologi angkasa serantau.
Transcript
00:00Universiti Teknologi Mara UITM sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melancarkan nano-satelit UITM-SAT-2, projek kolaborasi ASEAN pertama di bawah program ASEAN-SAT.
00:12Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan universiti itu sebagai peneraju teknologi angkasa berasaskan universiti di Asia Tenggara.
00:18UITM-SAT-2 adalah satelit jenis CubeSat-1U seberat 1.1 kg yang beroperasi di orbit rendah bumi antara 380 hingga 400 km.
00:32Naib Chancellor UITM Prof. Dr. Syahrin Sahib menyifatkan kejayaan ini sebagai simbol kemampuan universiti melahirkan bakat global dan melaksanakan penyelidikan berimpak tinggi.
00:44Menariknya usaha perancaran ini adalah daripada rekaan kita sendiri dan hasil input juga dengan kita memberi latihan kepada rakan-rakan anak ASEAN
00:52dan Alhamdulillah dalam tempoh kita membangunkan dengan pendanaan daripada beberapa pihak ini telah membolehkan kita melaksanakan perancaran dengan jayanya
01:02walaupun telah tertangguh beberapa kali sebab cuaca angkasa dan akhirnya pada petang ini kita telah menyaksikan perancaran yang berjaya
01:10dengan modul kita telah dilancarkan bersekali dengan beberapa menenang setelah lain daripada usaha sama, khususnya daripada Jepun.
01:18UITM-Sat-2 memperkukuh penglibatan UITM dalam dasar angkasa negara serta program pendidikan dan literasi angkasa untuk masyarakat.
01:27Satelit ini membawa misi utama kamera pemerhatian bumi dan misi sekunder internet benda
01:31bagi penghantaran data dari kawasan terpencil tanpa rangkaian komunikasi darat.
Comments

Recommended