Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pendakwa raya Paris Laure Beccuau berkata siasatan itu bertujuan untuk memastikan X beroperasi di Perancis mengikut undang-undang negara berkenaan.
Transcript
00:00Anggota pasukan penyiasat Perancis pada selasa menggeledah pejabat Platform X milik Elon Musk di Paris.
00:07Langkah itu menyusul ketika Musk dan bekas ketua pegawai eksekutif X, Linda Yaccarino, dipanggil untuk hadir bagi sesi soal siasat pada 20 April menurut Pejabat Pendakwa Raya Paris.
00:20Kaki tangan daripada agensi polis Eropah, Europol, turut hadir semasa penggeledahan itu dilakukan.
00:25Untuk rekod, X telah berada di bawah siasatan selama kira-kira setahun di ibu negara Perancis itu.
00:32Ia berhubung dakwaan algoritma dalam rangkaian media sosial berkenaan telah diubah bagi memberi lebih perhatian kepada kandungan berhaluan kanan.
00:40Dakwaan baru juga muncul apabila catbot AI syarikat itu telah menghasilkan deepfake, membabitkan wanita dan kanak-kanak termasuk imej berunsur seksual.
00:51Pendakwa Raya Paris berkata siasatan itu bertujuan untuk memastikan X beroperasi di Perancis mengikut Undang-Undang Negara Berkenaan.
Comments

Recommended