Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Sekitar 200 bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menyertai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) pada suku pertama tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan bahawa pengambilan ini akan dilakukan sebaik sahaja proses lantikan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) siap.
Transcript
00:00Kira-kira 200 veteran Angkatan Tentera Malaysia dijangka menyertai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, AKPS, pada suku pertama tahun ini.
00:10Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasiton Ismail berkata, proses pengambilan kini sedang disediakan selepas kelulusan perjawatan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
00:19Dan di sini saya beri sepenuh kebebasan kepada Ketua Pengarah AKPS untuk membuat rekrutmen sesuai dengan fungsi AKPS.
00:30Dan kami akan kekal mendokong kerana penting. Sebab maklumat tak datang bergolek.
00:35Jadi kena ingat tu ya, kita kena susun strategi, kita kena ada perancangan yang jelas dan peripentingnya ketepatan maklumat itu akan membantu kejayaan satu-satu operasi kita.
00:50Katanya kemasukan veteran ATM berbeza dengan pengambilan anggota baharu atau daripada agensi lain seperti Kastam, Makis dan Imigresen kerana bekas tentera memiliki kemahiran khusus yang dapat menyumbang kepada AKPS.
01:02Pengambilan veteran melibatkan bekas anggota tentera darat, tentera laut dan tentera udara dengan umur minimum 38 tahun dan masih cergas untuk berkhidmat.
01:13Pengambilan akan dicalankan secara berperingkat melalui lantikan kontrak.
01:17Terima kasih.
Comments

Recommended