Skip to playerSkip to main content
Laluan berbatu hampir 3km ke lokasi penemuan enam rangka mangsa bunuh

Lokasi penemuan enam rangka manusia termasuk lima sekeluarga di kawasan kebun kelapa sawit Kangkar Pulai, Johor Bahru terletak jauh dari penempatan penduduk dan tersembunyi kira-kira 2.9 kilometer (km) dari jalan utama Skudai–Pontian, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati laluan ke lokasi kejadian hanyalah jalan berbatu dan tidak berturap, selain permukaannya yang tidak rata, sekali gus menyukarkan pergerakan kenderaan biasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766628/berita/semasa/laluan-berbatu-hampir-3km-ke-lokasi-penemuan-enam-rangka-mangsa-bunuh

Muzik: Antoine Mignon - Closer Than You Think dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #Polis #JohorBahru

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lokasi penemuan enam rangka manusia termasuk lima sekeluarga di kawasan Kebun Kelapa Sawit, Kangkai Pulai, Johor Bahru,
00:08terletak jauh dari penempatan penduduk dan tersembunyi kira-kira 2.9km dari jalan utama Sekudai, Pontian.
00:16Tinjauan Sinar Harian mendapati laluan ke lokasi kejadian hanyalah jalan berbatu dan tidak berturap,
00:22selain permukaannya yang tidak rata, sekaligus menyukarkan pergerakan kenderaan biasa.
00:27Berdasarkan pemahatian, kawasan berkenaan hanya boleh dimasuki menggunakan kenderaan pacuan empat roda
00:33atau berjalan kaki melalui laluan ladang.
00:36Sepanjang perjalanan ke lokasi, suasana sekitar sunyi dan dikelilingi pokok kelapa sawit
00:41serta ladang ternakan ayam menyebabkan kawasan itu terlindung daripada pandangan luar dan jarang dilalui orang awam.
00:48Di dalam kawasan kebun kelapa sawit tersebut, terdapat sebuah kuih lama yang terbiar
00:53dan dipercayai tidak lagi digunakan sejak sekian lama.
00:56Sisa struktur rumah yang terbakar masih jelas kelihatan dengan kesan hangus pada rangka bangunan
01:02dan dinding yang sebahagiannya telah runtuh.
01:05Turut kelihatan, garisan kuning polis dipasang di sekitar kawasan rumah berkenaan.
01:09Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan misteri kehilangan lima beranak akhirnya terungkai
01:14apabila polis menemui rangka manusia yang dipercayai dibunuh
01:18dalam sebuah rumah terbiar yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit Kangkapulai, Sekudai pada awal bulan lalu.
01:25Ketua Polis Johor, Datuk Abrahaman Arsyad berkata,
01:28sebelum itu polis menerima laporan orang hilang sebelum seorang lelaki berusia 48 tahun
01:33tampil membuat laporan berhubung penemuan rangka manusia di lokasi berkenaan
01:38pada kira-kira jam 1.28 tengah hari, 9 Januari lalu.
01:42Menurutnya, laporan itu diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Iskanar Puteri
01:47ketiga pengadu sedang berusaha menjejaki isteri serta anak-anaknya
01:51yang sudah lama terpisah dan dikatakan tinggal di rumah berkenaan
01:55yang terletak dalam kebun kelapa sawit tersebut.
01:57Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended