Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Cadangan tawaran pengambilalihan oleh Sunway Bhd ke atas keseluruhan 3.51 bilion saham dalam IJM Corp Bhd akan ditutup pada 6 April ini.
Transcript
00:00Cadangan tawaran pengambil alihan oleh Sunway Berhad ke atas keseluruhan 3.51 bilion saham dalam IJM Corporation Berhad akan ditutup pada 6 April ini.
00:11Menurut Sunway, pemegang saham IJM yang berminat mempunyai tempoh untuk mempertimbangkan tawaran itu bermula selasa sehingga 5 petang pada 6 April.
00:20Selain itu, Sunway menamakan anak syarikat milik penuh tidak langsungnya Fortuna Gembira Enterprise sebagai penerima saham tawaran bagi cadangan pengambil alihan tersebut.
00:33Tawaran ini bersyarat kepada penerimaan sah oleh Sunway pada atau sebelum tarikh tutup membolehkan Sunway memegang secara agregat lebih daripada 50% saham undian dalam IJM.
00:45Pada 12 Januari lepas, Sunway mencadangkan tawaran pengambil alihan Sukarela bersyarat untuk membeli keseluruhan 3.51 bilion saham IJM Corp Berhad pada harga tawaran 3.15 ringgit sesaham.
01:00Katanya cadangan tawaran itu dijangka dimuktamadkan pada suku ketiga 2026.
Comments

Recommended