Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Seramai 64,295 pelancong Singapura melawat Sarawak pada 2025, meningkat 5.8 peratus berbanding 59,793 pelancong pada 2024.
Transcript
00:00Sarawak mencatat jumlah kedatangan pelancong Singapura tertinggi pada 2025 dengan kehadiran 64,295 pelancong meningkat 5.8% berbanding 59,793 pada 2024.
00:16Pengurusi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura Status, Tan Sri Dato' Amar Mohamad Murshidi Abul Ghani dalam satu kenyataan menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti komitmen pasukan status dan kepelbagaian pengalaman yang ditawarkan Sarawak.
00:31Menurut kenyataan itu, berdasarkan perbelanjaan purata RM3,500 seorang, jumlah hasil pelancongan daripada pelancong Singapura dijangka mencecah RM225 juta.
00:42Sekaligus menjana tambahan RM15.7 juta untuk ekonomi negeri dan memberi manfaat kepada sektor hospitaliti, runcit dan pengangkutan tempatan.
00:53Pada 2025, status berjaya menarik kumpulan sekolah antarabangsa dan awam dari Singapura untuk lawatan pendidikan ke Sarawak menjana lebih RM2 juta sekaligus memperkukuhkan reputasi Sarawak sebagai destinasi pelancongan pendidikan dan pembelajaran pengalaman.
01:09Selain itu, status terus memainkan peranan penting menghubungkan agensi Sarawak dengan sektor pendidikan Singapura bagi projek bersama, latihan industri dan kerjasama akademik.
01:20Pencapaian rekod ini selari dengan pengukuhan hubungan dua hala termasuk pengumuman pembukaan konsulat Singapura di Sarawak yang dijangka meningkatkan aliran pelancong dan kerjasama ekonomi pada masa depan.
01:32Terima kasih.
Comments

Recommended