00:00Inquest berhubung kematian Zara Khairina Mahathir pada sebelah pagi meneliti keterangan berkaitan dua rakaman video dan dua keping gambar dikemukakan di Mahkamah Korona di sini yang memperlihatkan hubungan arwah dengan pelajar A.
00:14Bahan visual itu dikemukakan Peguam Shahlan Jufri semasa sesi menyoal ibu pelajar A iaitu seorang daripada lima pelajar didakwa menghina oleh Raham yang kemudian diminta mengenalpasti individu dalam kedua-dua video serta gambar tersebut.
00:30Saksi berusia 42 tahun itu mengesahkan bahawa pelajar A dan Aliyah Hamzara Khairina berada dalam kedua-dua video dan gambar berkenaan.
00:40Menurut saksi, beliau tidak pernah melihat bahan visual berkenaan sebelum ia ditunjukkan di Mahkamah.
00:46Berdasarkan pemberhatian terhadap rakaman dimainkan di Mahkamah, saksi bersetuju bahawa pelajar-pelajar yang terlibat termasuk pelajar A dan Zara Khairina kelihatan ceria.
00:57Saksi ke-62 itu berkata demikian ketika memberi keterangan dalam proseding inquest kematian Zara Khairina di hadapan korona Amir Shah Amir Hassan.
01:07Saksi turut bersetuju bahawa rakaman video sedemikian lazimnya memerlukan perbincangan atau persetujuan antara pelajar sebelum ia dirakam dan sukar untuk menghasilkan rakaman tersusun tanpa kerjasama semua pihak terlibat.
01:21Bagaimanapun, saksi itu menegaskan bahawa bahan visual tersebut tidak menggambarkan sepenuhnya keadaan yang dialami oleh anaknya sebelum itu dan menjelaskan aduan-aduan terdahulu dibuat berdasarkan perbualan telefon serta maklumat diterima pada waktu kerjadian.
01:36Dalam keterangan sama, saksi mendakwa Zara Khairina membuli anaknya pada peringkat awal persekolahan termasuk melalui herdikan tuduhan berkaitan kebersihan asrama serta di pulau rakan lain.
01:47Pada proseding pada selasa, Ibu kepada pelajar A memaklumkan bahawa beliau menerima gangguan melalui aplikasi WhatsApp daripada Ibu Al-Yarham berhubung kenyataan polis.
01:59Saksi mendakwa Ibu Nurai Dahlamat mengarahkannya untuk menafikan kenyataan pelajar A kepada polis serta menghubungi pegawai penyiasat secara terus.
Comments