Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalan mengesahkan kes penghinaan mahkamah membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berhubung kenyataannya berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir, telah dijadualkan semula pada 11 Februari.
Transcript
00:00Dalam perkembangan berkaitan kes penghinaan, mahkamah membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Muhammad Syafiee Abdal,
00:07berhubung kenyataannya berkaitan inkuas kematian Zara Karina Mahathir, dijadual semula pada 11 Februari.
00:14Kes itu pada mulanya dijadualkan untuk didengar pada selasa dihadapan korona Amir Shah Amir Hassan, namun telah ditetapkan ke tarikh lain.
00:22Memetik laporan Sabah Media Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mustafa P. Kunyalan memaklumkan,
00:28mahkamah telah menjadualkan semula kes ini, susulan permohonan pihak pendakwaan dan dipersetujui semua pihak.
00:34Pada 22 September 2025, korona mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Presiden Parti Warisan itu,
00:40susulan kenyataan yang didakwa mengganggu proseding inkuas kematian Zara.
00:45Pada 23 Oktober, korona telah memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan proseding penghinaan mahkamah
00:52terhadap Syafiee serta seorang aktivis, Cik Mona Din atau lebih dikenali sebagai Mona Din.
00:58Syafiee dan Mona Din dikehendaki memberi jawapan terhadap dakwaan berkenaan mengikut Aturan 52,
01:03Kaedah 3-2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
01:07Pada 18 Disember 2025, Mona Din mengaku bersalah atas kesalahan penghinaan mahkamah
01:14dan didenda RM300 atau penjara 14 hari jika gagal membayar denda.
Comments

Recommended