Skip to playerSkip to main content
Susun, kukus & makan. Dumpling Lasagna ni memang padu! Simple tapi rasanya boleh buat kita jatuh cinta dan ulang makan tanpa sedar.

DUMPLING LASAGNA

Bahan-bahan:

1 keping isi ayam
1 cawan udang
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit perasa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung jagung
4 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak bijan
Daun bawang
Kulit wantan secukupnya

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dumplinglasagna #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Asyik duk lalu je kat feed kita jadi hari ni jom kita buat dumpling lasagna.
00:05Mula-mula kita masukkan isi ayam dan isi udang ke dalam blender.
00:08Tambahkan bawang putih, garam, sebut lada putih, tepung jagung, minyak bijan, daun bawang dan sebut perasa.
00:17Kemudian kita kisarlah sampai inti jadi halus dan lembut.
00:20Bau minyak bijan tu memang buat lapar terus.
00:23Sekarang kita susun lapisan.
00:24Ambil kulit wantan, celup sekejap dalam air supaya kulit tu lembut dan susun ke dalam bekas kaca.
00:30Jangan rendam lama sangat takut nanti koyak pula kulit dumpling tu.
00:34Sebaiknya sapukan dulu sedikit minyak pada bekas kaca supaya kulit wantan tak melekat nanti.
00:39Letakkan inti di atasnya dan ratakan.
00:42Buat dipenipis je.
00:43Kemudian tutup dengan satu lagi lapisan kulit wantan.
00:46Ulanglah proses ni sampai jadi tiga lapisan atau sampai inti anda habis.
00:50Bercakap pasal inti ni, kalau anda nak inti jadi lebih juicy, jangan overkisar cukup sampai sebati je.
00:56Bila dah susun-susun ni, saya dapat dalam empat lapisan.
01:01Bila dah siap susun, boleh kukul selama 20 minit atau sehingga dumpling masak sempurna.
01:07Bila dumpling kita dah masak, boleh tuangkan chili oil di atasnya serta daun bawang sebagai hiasan.
01:13Ok, dah siap dumpling lasagna kita.
01:18Lembut, juicy dan penuh rasa patutlah ramai buat.
01:21Dapat pula makan dengan chili oil yang pedas memang ngam.
01:24Jangan lupa tonton aksi kami memasak di TikTok setiap Selasa dan Kamis jam 11 pagi.
01:29Selamat mencuba.
01:30Ingat makan, ingat rasa.
01:32Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended