00:00Dua lelaki termasuk seorang warga Bangladesh ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludup masuk warga asing ke negara ini.
00:09Tangkapan kedua-dua suspek yang dipercayai bertindak sebagai transporter itu aktif dalam sindiket penyeludupan migran yang dikenali sebagai geng sojur.
00:19Yang turut ditahan adalah 20 warga asing berusia antara 18 hingga 49 tahun yang disyaki di seludup masuk ke negara ini.
00:26Ketua Pengarah Imigresin Dato' Zakaria Shaaban berkata geng sojul yang aktif sejak Desember tahun lalu itu menggunakan sebuah kondominium di Kucai Lama, Ibu Negara sebagai premis transit.
00:39Serbuan pertama dilakukan pada jam 1.30 petang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lagi kenderaan utiliti sukan SUV yang dipintas di kawasan pakir sebuah pasaraya di Jalan Kucai Lama.
00:52Hasil pemeriksaan enam lelaki dan seorang wanita warga negara Bangladesh dan satu lelaki Myanmar telah ditahan.
00:59Siasatan awam membawa kepada serbuan di sebuah kondominium disyaki rumah persembunyian dan transit sindiket terletak di Kucai Lama.
01:08Pemeriksaan mendapati seramai 12 lelaki warga Bangladesh dipercayai baru tiba dari negara jiran dan sedang menunggu untuk dihantar ke beberapa negeri di selatan dan sekitar Lembah Kelang.
01:18Kesemua suspek disiasat dibawa Akta Anti Pemendagangan Orang dan Penyelidupan Migran 2007, Atipsum, Akta Imigresen 1959-63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966.
01:34Difahamkan sindiket itu mengenakan bayaran sebanyak RM12,000 dan setiap migran yang diseludup dan dipercayai telah mengaut keuntungan sekitar RM1.2 juta sejak beroperasi.
01:48Terima kasih telah menonton!
Comments