Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dianggap sebagai hadiah politik atau simpati peribadi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah bertitah, kuasa pengampunan di bawah perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dianggap sebagai hadiah politik atau simpati peribadi.
00:14Sebaliknya Al-Sultan Abdullah menegaskan, kuasa pengampunan itu ialah mekanisme perlembagaan yang sah dan berfungsi sebagai imbangan terakhir dalam sistem keadilan yang bersifat menghukum.
00:25Kuasa pengampunan bukanlah hadiah politik. Jauh sekali satu bentuk simpati peribadi. Ianya adalah mekanisme perlembagaan yang sah dan berfungsi sebagai imbangan terakhir dalam sistem keadilan yang bersifat menghukum.
00:43Malah pengampunan dan pengurangan di hukuman ini bukan eksklusif pada satu namun, satu parti tetapkan satu kelihatan.
00:57Baginda bertitah, sebarang pengurangan hukuman tidak sesekali memadamkan sabitan mahkamah, menghapuskan rekod kesalahan atau membatalkan prinsip kedaulatan undang-undang yang menjadi asas pentadbiran negara.
01:10Malah setiap tahun, ratusan banduan penjara daripada pelbagai latar belakang, termasuk kes jenayah berat dan ringan, menerima pengurangan hukuman atau pengampunan diraja yang di Putuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
01:24Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah bertitah, keputusan berkenaan tidak dibuat secara unilateral tetapi diputuskan melalui mesyawarah lembaga pengampunan yang dianggotai wakil institusi utama negara atau negeri, sekaligus mencerminkan proses semak dan imbang yang berlapis.
01:40Menurut hantaran itu, Sultan Pahang bertitah demikian ketika berkenan berangkat menghadiri mesyuarat Juma'ah Pangkuan di Raja Negeri Pahang kali ke-120 di Hotel Grand Darul Magmo di Kuantan pada Isnin.
Comments

Recommended