Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Empat lelaki ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Melaka Tengah dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah jenis heroin pada 28 Januari lepas.
Transcript
00:00Empat lelaki ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Melaka Tengah dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah jenis heroin pada 28 Januari lepas.
00:11Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patip berkata dalam serbuan pertama, dua lelaki tempatan berusia 35 dan 31 tahun ditahan di kawasan Tanjung Minyak.
00:22Malah pemeriksaan lanjut di sebuah rumah di Taman Bertam Setia menemukan 21 paket plastik lutsina berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 28.68 gram.
00:36Manakala dalam serbuan kedua yang dijalankan pada hari sama, dua lelaki berusia lingkungan 30 hat ditahan di kawasan ladang kelapa sawit di Kerubung selain menemukan 50 paket plastik lutsina berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan berat kira-kira 137.82 gram.
00:53Christopher berkata polis turut menyita harta milik suspek iaitu tiga motosikal bernilai RM11,500 sekaligus menjadikan nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah dianggarkan RM17,000.
01:04Hasil risikan awal mendapati kegiatan pengedaran dadah itu dipercayai untuk pasaran tempatan dan aktif sejak sebulan lepas.
01:12Ujian saringan awal air kencing ke atas kesemua suspek didapati positif dadah selain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.
01:19Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 4 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended