00:00Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan akan melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat dari 3 hingga 4 Februari.
00:07Lawatan itu adalah atas jemputan setiusaha negara Amerika, Marco Rubio, untuk menghadiri mesyuarat mineral kritikal Menteri-Menteri Luar di Washington DC.
00:19Wisma Putra berkata, lawatan itu merupakan peluang penting memperkukuh penglibatan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat, terutama dalam bidang kerjasama mineral kritikal.
00:28Semasa lawatan, Muhammad juga dijadual bertemu dengan rakan sejawat untuk membincangkan perkara berkepentingan bersama, meneroka peluang pelaburan, penyelidikan bersama, inovasi, inisiatif pembangunan kapasiti dan memupuk kerjasama industri.
00:43Menurut Wisma Putra, lawatan itu juga akan terus memperkukuh usaha di bawah perkongsian strategik komprehensif Malaysia Amerika yang telah dinaik taraf pada 26 Oktober 2025.
00:53Ia bakal membina momentum daripada memorandum persefahaman antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Amerika Syarikat mengenai kerjasama untuk memperkembangkan rantaian bekalan mineral kritikal global dan meningkatkan pelaburan.
Comments