00:00Perbezaan pendapat adalah realiti yang tidak dapat dielakkan dalam suasana negara berbilang bangsa dan agama.
00:07Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Siva Murugan Pandian berkata,
00:13perkara ini tidak seharusnya ditangani dengan bijak supaya tidak menjadi perbalahan yang menjejaskan keharmonian nasional.
00:20Ini kerana perpaduan di Malaysia tidak menuntut semua pihak bersetuju setiap perkara,
00:24tetapi setiap individu perlu meletakkan nilai kewarasan sebelum emosi.
00:30Walaupun ada cabaran, walaupun dilihat ada perkara-perkara yang masih lagi dilihat menjadi indikator kepada perbalahan, perselisihan, keresahan.
00:43Malahan ada yang bertanggapan, kita hidup berdampingan tetapi kita berasingan, kita bergaul tetapi tidak bergabung.
00:49Dalam konteks ini saya percaya yang penting adalah sejauh mana kita mampu untuk melihat bahawa kita tidak perlu setuju dalam semua perkara,
01:00tetapi kita perlu faham sebelum menilai dan juga sebelum meletakkan nilai emosi mengatasi nilai kewarasan ataupun nilai rasional di sebalik pegangan.
01:13Jelasnya lagi, cabaran perpaduan masa kini semakin kompleks dengan pengaruh media sosial sering memaparkan naratif polarisasi.
01:22Sedangkan realiti hubungan masyarakat di peringkat akar umbi masih menunjukkan toleransi dan keharmonian yang baik.
01:29Bermakna walaupun ada perkara-perkara yang diangkat di media sosial sehingga seolah-olah kita melihat polarisasi itu wujud tetapi yang penting di sini adalah
01:44sejauh mana kita mampu untuk mengatasi trust deficit itu yang dianggap lebih berbahaya daripada diversity deficit.
01:53Tambah Siva Murgan, perpaduan ini tidak boleh dipaksa.
01:57Ia harus lahir secara organik menerusi interaksi berulang dalam ruang awam.
Comments