00:00Ibu kepada pelajar A mendakwa anaknya masih berdepan tekanan emosi dan tomahan walaupun telah berpindah ke sekolah baru, susulan kejadian yang menimpa oleh Raham Zara Khairina Mahathir.
00:21Seorang wanita ditemukan mati dengan tiga kesan tikaman pada badan di rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara Al-Ostah pada Isnin.
00:30Dua anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP cedera selepas belun berisi gas ringan yang dirampas, meletup dan mencetuskan kebakaran.
00:43Seramai 33 penyokong Selangor FC ditahan gara-gara membakar suar di jambatan ikonik Terengganu sehingga mengganggu ketentraman dan menimbulkan kegusaran orang ramai.
00:53Empat lelaki ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Melaka Tengah dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah jenis heroin pada 28 Januari lalu.
01:06Dua lelaki termasuk seorang warga Bangladesh ditahan pada ahad kerana dipercayai terlibat dalam sindiket menyeludup masuk warga asing ke negara ini.
01:13Menteri Wilayah Persekutuan Hanah Yuh menegaskan pemimpin tidak seharusnya takut kepada kajian kerana dapatan berasaskan fakta membantu membuat keputusan yang lebih cermat dan berkesan.
01:25Pintu utama lintasan sempadan rafah antara Gaza dan Mesir dibuka sepenuhnya pada Isnin bagi kemasukan dan keluar penduduk.
01:35Arab Saudi menerima seramai 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari luar negara pada 2025 dengan mencatatkan kadar kepuasan melebihi 90% bagi perkhidmatan disediakan.
01:48Bintang K-pop Lisa Blackpink bakal menjalankan penggambaran filem Taigo di Kota Tua Jakarta pada Februari.
Comments