00:00China menentang keras penggunaan anugerah seni sebagai alat manipulasi politik susulan penganugerahan Grammy kepada Dalai Lama di Amerika Syarikat.
00:09Kementerian Luar Republik itu pada istin berkata pendirian pihaknya konsisten dan jelas.
00:30Anugerah tersebut diberikan untuk album rakaman suara Meditations, The Reflections of His Holiness, The Dalai Lama.
00:48Anugerah Grammy ke-68, pengiktirafan tertinggi dalam industri muzik, berlangsung pada satu majlis di Los Angeles pada Ahad.
00:55Untuk rekod, Tenzin Gyatso Dalai Lama ke-14 melarikan diri ke India pada 1959 bersama ribuan rakyat Tibet selepas pemberontakan menentang pemerintahan China gagal.
01:09Sejak itu, beliau memperjuangkan pendekatan jalan tengah tanpa kekerasan bagi menuntut autonomi dan kebebasan beragama untuk rakyat Tibet.
01:19Usaha tersebut melayakkannya menerima hadiah keamanan Nobel 1989.
01:24China bagaimanapun menganggap beliau sebagai seorang pemisah.
Comments