Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Airports of Thailand (AOT) menegaskan kenaikan ini penting untuk menampung kos operasi sebenar dan memastikan tahap keselamatan terjamin, sambil menyasarkan hasil tambahan melebihi 10 bilion baht setahun untuk menaik taraf infrastruktur lapangan terbang.
Transcript
00:00Airports of Thailand, AOT, cadang kenaikan caj perkhidmatan penumpang PSC bagi penerbangan antarabangsa daripada 730 baht kepada 1120 baht, kira-kira 140 ringgit.
00:14Kedah itu merupakan peningkatan sekitar 53% yang akan dilaksanakan di enam lapangan terbang utama negara.
00:21AOT menjangka langkah itu tidak menjejaskan jumlah penumpang kerana keputusan melancong lebih dipengaruhi harga tiket dan kos perjalanan keseluruhan.
00:33Kenaikan berkenaan melibatkan Suvar Nabumi, Don Muang, Phuket, Haknyai, Chiang Mai dan Chiang Rai manakala caj penerbangan domestik dikekalkan.
00:42Menurut AOT, Thailand merupakan antara beberapa negara yang hanya menggunakan PSC kepada penumpang berlepas sedangkan kebanyakan negara turut menggunakan caj kepada penumpang transit dan ketibaan.
00:56AOT menyasarkan hasil tambahan melebihi 10 bilion baht, kira-kira 1.25 bilion ringgit setahun melalui kenaikan caj tersebut.
01:03Sebahagian pendapatan akan digunakan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan lapangan terbang seperti tanda, sistem elektrik, pendingin hawa serta keselamatan.
01:14Manakala selebihnya disimpan sebagai keuntungan terkumpul bagi membiayai projek baru tanpa kebergantungan kepada pinjaman luar.
01:23Carangan kenaikan PSC tersebut telah diluluskan secara prinsip oleh Lembaga Penerbangan Awam Thailand.
01:28Bagaimanapun ia masih menunggu kelulusan akhir daripada Menteri Pengangkutan yang juga pengurusi lembaga secara rasmi.
01:37AOT menjangka kelulusan muktamad diperoleh sekitar Mei selepas pilihan raya umum Thailand.
Comments

Recommended