Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Pakistan akan memboikot perlawanan Piala Dunia Twenty20 menentang seteru tradisi, India, yang dijadual berlangsung di Colombo pada 15 Februari ini, selepas kerajaan negara itu meluluskan penyertaan pasukan mereka dalam kejohanan tersebut dengan pengecualian khusus untuk aksi berkenaan.
Transcript
00:00Pakistan akan memboikot perlawanan Piala Dunia 2020 menentang seteru tradisi India yang akan berlangsung di Kolombo pada 15 Februari ini.
00:10Ini susulan kerajaan negara itu meluluskan penyeretaan pasukan mereka dalam kejohanan tersebut dengan pengecualian khusus untuk aksi berkenaan.
00:17Kerajaan Pakistan memaklumkan bahawa skuad kriket negara itu dibenarkan beraksi dalam Piala Dunia T20-2026 Anjuran Majlis Kriket Antarabangsa ICC namun tidak akan turun berdepan India mengikut jadual yang ditetapkan.
00:35Pakistan yang dijadualkan bermain semua pelawanan mereka di Sri Lanka berdepan risiko kehilangan dua mata sekiranya meneruskan boykot tersebut.
00:43Setakat ini masih tiada kejelasan mengenai situasi sekiranya kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kalah mati.
00:51Hubungan kriket dua hala antara Pakistan dan India kekal terhenti susulan ketegangan politik dan konflik ketenteraan yang hampir tercetus menjadi perang berskala penuh tahun lalu.
01:03Susulan itu ICC sebelum ini memeterai pengaturan supaya kedua-dua pasukan beraksi di venue neutral apabila salah satu negara menjadi tuan rumah kejohanan global.
01:13Juara 2009 itu sebelum ini telah mengumumkan skuad bagi kejohanan 20 pasukan yang bermula pada 7 Februari dengan penyataan mereka tertakluk kepada kelulusan kerajaan.
01:25Keputusan memboykot pelawanan menentang India dilihat sebagai tamparan besar kepada kejohanan memandangkan pertembungan India-Pakistan dianggap sebagai aksi paling dinantinantikan dalam kriket dunia.
01:37ICC dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pihaknya masih menunggu komunikasi rasmi daripada lembaga kriket Pakistan PCB berhubung pendirian penyataan tepat.
01:47Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended