Skip to playerSkip to main content
  • 23 minutes ago
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata indakan diambil tidak akan membezakan sesiapa, daripada yang berpangkat paling tinggi hingga paling bawah.
Transcript
00:00Kementerian Pertahanan sedang mengambil tindakan drastik untuk memerangi segala kegelinciran integriti dan penyalahgunaan kuasa dalam Angkatan Tentera Malaysia ATM.
00:08Menterinya Dato' Sri Muhammad Khalid Nordin negaskan tindakan diambil, tidak akan melihat kepada kedudukan mahupun pangkat seseorang.
00:16Beliau berkata demikian pada sesi penerangan Menteri Pertahanan isu-isu terkini rasuah dan salah guna kuasa dalam ATM di Dewan Rakyat pada Rabu.
00:23Yang paling tinggi hingga yang paling bawah akan kehilangan kehormatan sebagai seorang pahlawan jika didapati bersalah.
00:36Mereka yang dihadapkan dengan pertuduhan jenayah, kita serahkan kepada sistem keadilan negara untuk memutuskan dengan adil.
00:44Bagi kes-kes yang melibatkan kegiatan tidak bermoral seperti budaya hedonisma dan salah laku pentadbiran, Mahkamah Angkatan Tentera akan mengadili mereka.
00:56Yang menyata, Kementerian Pertahanan tidak akan melindungi sesiapa dan Kementerian ini akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa
01:05bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan bebas, telus dan berkesan.
01:10Kita telah pun membuka pintu Kementerian ini kepada seranjaya pencegahan rasuah Malaysia.
01:17Segala perbuatan keji dan tidak bermoral tersebut bukan sahaja bercanggahan dengan wibawa yang sesungguhnya suci kepada ATM.
01:27Tetapi ia juga adalah pengkhianatan yang besar terhadap sumpah setia untuk membela ibu pertiwi dengan seluruh jiwa dan raga.
01:37ATM bukan sebuah kolam rasuah.
01:41ATM bukan berfungsi sebagai ekosistem nasional yang dipacu dengan imbohan, ganjaran dan pemberian yang keji dan tidak halal.
01:51Elemen buruk sedemikian bukan sahaja menghakis kepercayaan rakyat dan menjejaskan persepsi terhadap kehebatan serta keunggulan Angkatan Tentera Malaysia.
02:03Ia mengkhianati tujuan moral sebuah Angkatan Persenjataan Negara yang berdaulat.
02:10Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended