Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa, khususnya melibatkan pengembara yang pulang dari negara berisiko tinggi, disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha mencegah penularan virus Nipah.
Transcript
00:00Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM melaksanakan saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa khususnya melibatkan pengembara yang pulang dari negara berisiko tinggi disifatkan sebagai langkah yang wajar dalam usaha mencegah penularan virus nipah.
00:15Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Prof. Datuk Dr. Rohai Zatyun, kesiapsiagaan sistem kesihatan negara perlu diperkukuh merangkumi keupayaan fasiliti kesihatan serta tahap kesiapsiagaan anggota kesihatan dalam aspek pencegahan, kawalan dan rawatan penyakit berjangkit.
00:32Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa khususnya yang melibatkan pengembara-pengembara yang pulang dari negara berisiko tinggi adalah memang wajar.
00:49Dan kesiapsiagaan fasiliti kesihatan, kesiapsiagaan anggota kesihatan dalam aspek pencegahan, kawalan, rawatan, kapasiti makmal dan juga kerjasama, kerjasama erat antara dalam dan luar negara, pelbagai sektor, intersektoral collaboration sangat-sangat penting dalam kawalan penyakit nipah sejaga dengan konsep One Health.
01:19KKM sebelum ini berkata pihaknya akan terus memperkukuh kesiapsiagaan melalui saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa khususnya membabitkan pengembara dari negara berisiko ekoran situasi wabak penyakit nipah di West Bengal, India.
01:34Dalam kenyataannya ia menyebut, pengawasan berterusan akan dipertingkatkan termasuk pemantauan rapi di lapangan serta pengukuhan kapasiti makmal negara bagi memastikan pengesanan awal dapat dilaksanakan.
01:45Menurut KKM, kesiapsagaan fasiliti kesihatan turut dipertingkatkan selaras dengan pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan, merangkumi amalan pencegahan dan kawalan infeksi IPC serta kerjasama rentas sektor dan antara agensi akan terus diperkukuh.
02:01Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended