Kemasukan awal kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun 1 bermula sesi persekolahan 2027 bukan bertujuan mewujudkan perlumbaan akademik sebaliknya berasaskan kebajikan, kesejahteraan dan tahap kesiapsiagaan kanak-kanak.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, tumpuan utama pelaksanaan itu adalah bagi memastikan hak dan kepentingan kanak-kanak dilindungi dengan penilaian dibuat secara menyeluruh merangkumi aspek emosi, kognitif serta kemahiran pembelajaran dan bukan semata-mata faktor usia.
00:00Anak kita bukan untuk ujian makmal ataupun tikus makmal.
00:05Sebab itu kita tekankan bahawa dalam konteks ini kita nak bagi tumpuan
00:09kerana ia adalah dasar yang telahpun kita bincangkan, bahaskan dalam RMK13.
00:14Jadi soal libat urus itu semua telahpun berlaku.
00:17Contohnya dalam jelajah masa depan pendidikan negara,
00:20kita telah pun ada portal cadangan pendidikan masa hadapan
00:23dan berbagai sesi libat urus di peringkat akar umbi
00:27yang menjurus kepada isu pendidikan awal ini
00:30dan penekanan kepada apa yang kita hasrat dan rancangkan itu.
00:34Itu yang pertama.
00:35Yang kedua, kita tidak berhasrat ia menjadi rintis yang berhormat.
00:38Sebab itu kita sebut ia berfasa.
00:41Sebab itu kita sebut ia sukarela.
00:43Sebab itu kita sebut bahawa ia harus berlaku dengan sokongan diagnostik.
00:49Betul yang amat-amat pembina menteri telah mengumumkan ia sukarela.
00:52Tetapi dari segi mekanismanya, itulah KPM yang tentukan.
00:55Mekanismanya mesti melalui proses diagnostik.
00:58Dan mesti ada sokongan emosi, psikosocial yang berhormat.
01:02Sebab itu kita tidak akan tinggalkan anak-anak ini begitu sahaja.
01:05Dia mesti disokong oleh ujian diagnostik itu.
01:08Kemudian mesti ada sokongan psikosocial kepada kanak-kanak ini.
01:12Kerana ini adalah satu maknanya keadaan yang baru untuk mereka.
01:16Dan saya tidak fikir yang berhormat bahawa apa yang kita hasratkan ini sifatnya dalam konteks tergesa-gesa ataupun kita tidak melibatkan semua pihak.
01:28Yang kita hasratkan ketika ini yang berhormat.
01:30Pertama adalah memastikan hak kesejahteraan dan the welfare, the interest of the child ini kita laksanakan dengan bersungguh-sungguh.
01:37Kita juga melihat yang berhormat bahawa tujuan kita melihat keseluruhan dasar ini adalah untuk menekankan asas mengikut tahap perkembangan murid dan bukan mempercepatkan pembelajaran akademik.
01:51Ini bukan soal berlomba-lomba.
01:52Kita juga melihat bahawa kanak-kanak yang bersedia sahaja yang kita akan sambut melalui ujian diagnostik ini dan kita melihat bahawa persediaan itu harus melalui proses melihat kepada emosi, kognitif, kemahiran mereka yang telah bersedia untuk masuk dari aspek itu.
02:12Dan pembangunan modal insan yang berhormat bergantung kepada kualiti pembelajaran dan kemahiran asas dan bukan semata-mata umur kemasukan sekolah.
02:20Jadi saya minta yang berhormat, bantulah kami juga untuk sama-sama.
02:24Kita positifkan perkara ini insyaAllah dan kita lakukan ini adalah untuk anak-anak kita dan untuk meningkatkan motor pendidikan negara.
Comments