Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, sebarang usaha pendidikan baharu mesti dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan.

"Kalau ada yang tidak terima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia," titah baginda.
Transcript
00:00Sistem pendidikan negara juga perlu terus diperkasa sebagai pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara.
00:17Jika nak buat sistem pendidikan yang baru, ianya mesti dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan dan bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ianya adalah bahasa kebangsaan.
00:47Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti terima bahasa Melayu dan sejarah Malaysia.
01:05Kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia.
01:17Terima kasih.
Comments

Recommended