Skip to playerSkip to main content
Seorang Naib Canselor sebuah kolej universiti swasta di daerah Melaka Tengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka pada Rabu atas pertuduhan memperdayakan pihak universiti berhubung pelantikan ketua perunding akademik lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, Prof Dr G Jayakumar, 64, didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764898/berita/semasa/naib-canselor-kolej-didakwa-tipu-lantikan-ketua-perunding

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kespenipuan #AyerKeroh #SPRM
Transcript
00:00Seorang naib chancellor sebuah kolej universiti swasta di daerah Melaka Tengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Air Keroh, Melaka, Paderabu atas pertuduhan memperdayakan pihak universiti berhubung pelantikan ketua perunding akademik lima tahun lalu.
00:17Tertuduh Prof. Dr. J. Jayakumar, 64 tahun, membuat pengakuan tersebut di hadapan hakim Elizabeth Payawan sejurus pertuduhan dibacakan.
00:26Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketiga itu merupakan pensyarah kanan didakwa telah memperdayakan naib chancellor college universiti berkenaan untuk melantik seorang pensyarah sebagai ketua perunding program kurikulum dan pembangunan akademik.
00:41Perbuatan itu didakwa berlaku pada 3 Mei 2021 di pejabat college dengan bayaran sebanyak RM20,000 bagi membangunkan modul program terapi pekerjaan, sedangkan tertuduh mengetahui pelantikan tersebut melanggar kontrak kerja pensyarah berkenaan.
00:58Susulan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Kesiksaan.
01:04Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dan menetapkan 9 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Comments

Recommended