00:00Tiga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dan seorang pemilik restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Johor Bahru pada Rabu atas 18 pertuduhan berkaitan kaunter setting bagi membawa masuk dan keluar pengembara antara tahun 2023 hingga 2025.
00:18Kesemua mereka Rizial Muhammad Yassin 43 tahun, Hairizam Muhammad 58 tahun dan Muhammad Azhar Jamal 40 tahun merupakan pegawai imigresen KP2 manakala pemilik restoran Haslan Hazilah 57 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Dato' Ahmad Kamal Arifin Ismail.
00:42Mengikut pertuduhan, Muhammad Azhar Jamal didakwa atas 14 pertuduhan bersetuju menerima suapan berjumlah RM28,600 daripada seorang wanita melalui pindahan atas talian.
00:56Perbuatan itu mempunyai kaitan dengan tugas tertuduh yang bertanggungjawab mengemak dan memastikan dokumen perjalanan warga asing untuk tujuan keluar masuk ke Malaysia adalah sah.
01:06Pertuduhan itu didakwa dilakukan di sebuah bank cawangan Simpang Renggam, Keluang antara 16 Julai 2024 hingga 24 Februari 2025.
01:16Pendakwaan dikebukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, Akta 574.
01:23Tertuduh kedua, Rizal didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,700 daripada seorang ejen tiket sebagai dorongan memudah cara kemasukan pengembara warga Indonesia ke Malaysia.
01:35Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam sebuah tandas berhampiran Counter Immigration Terminal Ferry Pasir Gudang antara April dan Ogres 2023.
01:45Sementara itu, Hairi Zam pula didakwa menerima rasuah RM100 daripada seorang lelaki sebagai dorongan memudah cara urusan kemasukan migren dari Indonesia ke Malaysia.
01:57Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Immigration Pasir Gudang pada 28 Ogres 2024.
02:03Pemilik restoran, Haslan, turut didakwa menerima rasuah RM1,200 daripada seorang individu sebagai orang tengah bagi membantu memudah cara urusan keluar masuk pengembara dari Indonesia ke Malaysia.
02:16Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan Sulaiman, Muar pada 11 November 2024.
02:23Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16-A, Kurungan A dan 16-A, Kurungan B Akta Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 Akta 694 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24, Kurungan 1 Akta Sama.
02:41Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 24 Februari depan bagi Rizal, manakala 25 Februari untuk Muhammad Azhar, Haslan dan Hairizam.
02:50Terima kasih kerana menonton!