Skip to playerSkip to main content
Masuk guna pasport tapi dicekup di 'rumah merah'

Wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan pelacuran di Jalan Petaling, Kuala Lumpur mendakwa sanggup berulang-alik ke Malaysia dari negaranya dengan alasan mahu mendapatkan wang tambahan.

Serbuan Op Gegar pada Rabu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765029/berita/semasa/masuk-guna-pasport-tapi-dicekup-di-rumah-merah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #OpGegar
Transcript
00:00Wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan pelacuran di Jalan Petaling, Kuala Numpur mendakwa sanggup berulang-alik ke Malaysia dari negaranya dengan alasan mahu mendapatkan wang tambahan.
00:11Wanita asal Indonesia berusia awal 20-an yang mahu dikenali sebagai Lina berkata,
00:16dia akan datang sebulan sekali dan akan berada di Malaysia selama 15 hari sebelum pulang semula ke Indonesia.
00:23Ibu seorang anak itu berkata, dia mengetahui tempat terbabit selepas diberitahu rakannya dan mula menawarkan aktiviti tidak bermoral sejak setahun.
00:33Sementara itu, pengarah imigresen Kuala Numpur, Wan Muhammad Saupi Wan Yusof berkata,
00:38operasi bermula jam 8 malam dijalankan ke atas beberapa lot kedai dua tingkat melibatkan aktiviti tidak bermoral.
00:45Menurutnya, seramai 19 individu ditahan dan tangkapan terdiri daripada 11 wanita,
00:52iaitu 10 Indonesia dan seorang Vietnam disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran,
00:57manakala 5 lelaki warga asing disyaki pelanggan dan 3 lelaki tempatan dipercayai merupakan penjaga atau kapten.
01:06Pemeriksaan di tiga premis dua tingkat itu mendapati terdapat lebih 30 bilik kecil yang dibuat
01:11dan melanggar syarat bangunan serta tiada kelulusan pihak berkuasa tempatan.
01:17Katanya, aktiviti tidak bermoral itu melibatkan pelanggan yang datang secara walk-in
01:21selain tempahan melalui penjaga premis dengan bayaran RM60
01:25dengan pembahagian antara RM15 hingga RM20 diberi kepada penjaga dan selebihnya kepada wanita terbabit.
01:33Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended