Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyelesaikan 12,509 permohonan dokumen pengenalan diri bagi penduduk pedalaman Sarawak menerusi Pasukan Petugas Khas (PPK), yang ditubuhkan bagi menangani isu ketiadaan dokumen rasmi dalam kalangan rakyat negeri itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu adalah daripada keseluruhan 13,224 permohonan yang dikumpulkan PPK sejak Julai 2023, manakala baki 715 permohonan sedang dalam proses untuk diselesaikan sepenuhnya.
Comments