Skip to playerSkip to main content
'Saya nak ambil tali saja, tempat pun dekat'

“Bos suruh ambil barang guna motosikal dia. Tidak sampai lima minit, saya sudah kena tahan.”

Demikian alasan diberikan oleh seorang pekerja kontraktor pembersihan warga asing berusia 28 tahun apabila ditahan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) yang dijalankan di sekitar ibu kota pada Selasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764830/berita/semasa/saya-nak-ambil-tali-saja-tempat-pun-dekat

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #WargaAsing

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bos suruh ambil barang guna motosikal dia.
00:03Tidak sampai lima minit, saya sudah kena tahan.
00:05Demikian alasan diberikan oleh seorang pekerja kontraktor
00:08pembersihan warga asing berusia 28 tahun
00:11apabila ditahan dalam operasi pemandu warga asing,
00:14PEWA, yang dijalankan di sekitar ibu kota pada Selasa.
00:18Lelaki warga Indonesia itu berkata,
00:20dia hanya menunggang sebuah motosikal milik majikannya
00:23untuk mengambil tali ikat kain rentang di kawasan berhampiran
00:27sebelum ditahan penguatkuasa.
00:29Menurutnya, dia mengakui tidak memiliki lesen memandu
00:32dan jarang menunggang motosikal.
00:35Dalam operasi sama, wartawan Sinar Harian yang menyertai Ops PEWA
00:39turut mendapati terdapat segelintir penunggang motosikal warga asing
00:43cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguatkuasa.
00:48Bagaimanapun, tindakan melarikan diri itu berjaya dipatahkan
00:51selepas pihak berkuasa bertindak pantas menahan mereka
00:54untuk pemeriksaan lanjut.
00:56Sementara itu, pengarah Jabatan Pengakutan Jalan Kuala Lumpur
01:00Hamidi Adam berkata, dalam operasi bermula jam 9 pagi hingga 2 petang,
01:05sebanyak 323 buah kenderaan diperiksa dengan 52 motosikal,
01:115 lori dan sebuah kereta dikenakan tindakan sita.
01:14Hasil dari risikan, sebanyak 58 buah kenderaan telah berjaya ditahan dan disitar
01:22kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan
01:25seperti tiada mempunyai lesen kenderaan motor,
01:30tiada mempunyai pelindungan isurans dan juga tiada lesen memandu.
01:35Kesemua kenderaan tersebut dipandu oleh warga asing
01:39daripada Bangladesh seramai 10 orang, daripada Indonesia 11 orang,
01:45Myanmar 8 orang, Pakistan 15 orang, India 13 dan juga Palestine 1 orang.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended