Bekas wartawan didakwa terima rasuah lebih RM36,000, 'jual' gelaran Datuk Seri
Seorang bekas wartawan didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa atas pertuduhan menerima rasuah lebih RM36,000 dan 'menjual' gelaran Datuk Seri kepada seorang ahli perniagaan sempena Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Nurfateha Othman, 44, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan terhadap empat pertuduhan dibacakan terhadapnya.
00:00Seorang bekas wartawan didakwa di Mahkamah Session Air Keruh pada Selasa atas pertuduhan menerima rasuah lebih RM36,000 dan menjual gelaran Datuk Seri kepada seorang ahli penagaan sempena Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka tiga tahun lalu.
00:18Tertuduh Nur Fatiha Othman, 44 tahun, mengaku tidak bersalah dihadakan Hakim Elizabeth Payawan terhadap empat pertuduhan dibacakan terhadapnya.
00:27Proseding pertuduhan dijalankan di Hospital Besar Melaka selepas Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan berikutan tertuduh sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
00:38Tertuduh yang juga bekas ahli sebuah NGO didakwa menerima rasuah daripada individu tersebut sebagai dorongan untuk menjanjikan penganugerahan gelaran Datuk Seri sedangkan tertuduh tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan pangkat tersebut.
00:52Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM25,559.50 antara 23 November 2022 hingga 23 November 2023.
01:07Untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM2,440 antara 13 Disember 2022 hingga 1 Jun 2023.
01:17Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM8,825 antara 28 Disember 2022 hingga 2 November 2023.
01:31Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Melaka dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 Kurungan A Akta SPRM 2009.
01:40Selain itu, tertuduh turut berdepan pertuduhan keempat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana didakwa pada September 2023 telah memberikan dokumen palsu iaitu Surat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka 2023 kepada Ahli Perniagaan Terbabit dengan niat untuk menipu sedangkan tiada sebarang penganugerahan sebenar dibuat.
02:02Hakim tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 23 Februari 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.
02:12Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai Johor Baru untuk pemerhatian bagi mendapatkan perakuan bertulis mengenai tahap kesihatan tertuduh.
Be the first to comment