Pasukan penyelamat New Zealand meneruskan usaha mencari beberapa individu yang hilang selepas kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Mount Maunganui akibat hujan lebat, yang turut menyebabkan pemindahan penduduk, penutupan jalan dan gangguan bekalan elektrik di North Island.
00:00Pasukan penyelamat di utara New Zealand giat mencari beberapa individu yang dilaporkan hilang pada Khamis.
00:07Susulan kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkemahan susulan hujan lebat berterusan.
00:12Kejadian menyebabkan penduduk dipindahkan dan jalan utama ditutup apabila hujan lebat melanda hampir keseluruhan kawasan pantai Timur North Island.
00:23Hujan turut mengakibatkan kerosakan meluas serta bekalan elektrik terputus.
00:28Tanah runtuh dilaporkan berlaku pada jam 9.30 pagi waktu tempatan dengan runtuhan batu dan tanah menghempap tapak perkemahan di Mount Mount Gonoy, sebuah lokasi pelancongan popular di pesisik utara negara itu.
00:50Perkhidmatan kecemasan kini masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan individu yang mungkin masih berada di kawasan terbabit.
00:59Menurut pesuruh jaya polis New Zealand, Tim Anderson, masih terdapat kemungkinan untuk menemukan mangsa dalam keadaan hidup.
01:07Sementara itu, Badan Ramalan Cuaca Negara itu, MedService memaklumkan semua amaran cuaca di North Island telah ditarik balik susulan sistem tekanan rendah tropika bergerak ke arah timur.
01:19Bagaimanapun, beberapa amaran cuaca masih berkuatkuasa di South Island namun dijangka akan reda dalam tempoh terdekat.
Comments