Jabatan Imigresen Malaysia menahan tujuh warga Bangladesh dalam satu operasi di Taman Maluri, Kuala Lumpur, disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan migran Iqbal. Pemeriksaan mendapati pasport para migran tidak mempunyai cap masuk sah dan mereka dipercayai dibawa melalui laluan darat tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand. Sebuah kenderaan turut disita dan premis berkaitan dijadikan rumah sementara sindiket.
00:00Jabatan Immigration Malaysia Jim berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan migran dengan menahan tujuh warga Bangladesh yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket Iqbal.
00:11Dalam satu kenyataan, Jim memaklumkan penahanan tersebut dijalankan dalam satu operasi di sebuah unit pangsapuri servis di Taman Maluri di Ibu Negara.
00:21Kesemua tujuh individu lelaki yang ditahan berusia antara 20-an hingga 50-an.
00:27Antara lain, lima lelaki yang ditahan itu merupakan migran, manakala dua lelaki yang juga warga Bangladesh memegang peranan sebagai penjaga rumah serta transporter bagi sindiket tersebut.
00:38Selain itu, hasil pemeriksaan lanjut anggota JIM mendapati pasport milik migran berkenaan tidak mempunyai sebarang cap pengesahan masuk yang sah ke Malaysia.
00:46Mereka dipercayai menggunakan laluan darat tidak sah sekitar sepadan Malaysia-Thailand sebelum mereka dihantar ke lokasi seterusnya.
00:53Tambah kenyataan tersebut, sebuah kenderaan jenis Produa MyV yang dipercayai digunakan untuk tujuan penyeludupan turut disita.
01:01Pemeriksaan lanjut juga mendapati primis berkenaan hanya dijadikan sebagai rumah sementara atau safe house bagi migran yang baru tiba dari pantai timur.
01:09Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bagi siasatan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran Atip Som 2007 Akta 670 serta Akta Imigresen 1959-63 Akta 155.
Comments