Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 yang membenarkan kemasukan murid seawal usia enam tahun perlu disertai dengan persediaan menyeluruh dari sudut kesihatan dan perkembangan kanak-kanak, kata pakar pediatrik. Persediaan fizikal, kognitif, emosi dan sosial dikenal pasti sebagai faktor penting bagi memastikan kanak-kanak dapat mengikuti alam persekolahan dengan selesa dan sihat.
00:00Seterusnya, Rancangan Pendidikan Negara RPN 2026-2035 yang memberi fleksibiliti kemasukan murid berusia 6 tahun ke tahun 1 disifatkan sebagai langkah positif dengan syarat,
00:13kanak-kanak dipersiapkan dari sudut kesihatan dan perkembangan sebelum memulakan alam persekolahan.
00:19Menurut pakar pediatrik dan pensyarah perubatan Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Lau Chiu Yee, secara umumnya kanak-kanak berusia 6 tahun boleh memasuki sekolah rendah.
00:30Namun, kesiapsagaan menyeluruh perlu diberi perhatian bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang selesa dan sehat.
00:39Beliau berkata konsep school readiness dapat membantu ibu bapa memahami aspek persediaan yang perlu dititik beratkan.
00:46School readiness itu kita akan breakdown kepada beberapa unsur.
00:51Antara pertamanya, kita kena tengok apa yang kita faham sebagai fizikal kanak-kanak tersebut.
00:56Adakah kanak-kanak tersebut itu dia boleh menjalankan aktiviti harian dia yang selaras dengan umur 6 tahun itu.
01:05Aktiviti harian seperti dia boleh macam makan sendiri, minum sendiri, dia boleh pergi toilet sendiri ataupun tukar baju,
01:14pakai kasut, stalking semua itu, dia kena tahu nak handle sendiri.
01:19So, itu kita kata fizikal dia lah, capability dia itu.
01:23Selain itu, kita juga kena tengok kognitif.
01:26Kognitif itu adalah macam mana seseorang itu dia memproses informasi dalam otak dia setelah dia mendapat sesuatu informasi.
01:35So, kita tengok daripada apa yang kita faham 3M itu.
01:40Macam mana kanak-kanak itu boleh menulis, membaca dengan mengira serta problem solving skills dia.
01:50Macam mana dia menyelesaikan sesuatu masalah dalam umur dia itu.
01:55Dr. Lau menjelaskan keupayaan mengurus diri selaras dengan umur 6 tahun adalah antara asas penting sebelum kanak-kanak memulakan rutin sekolah rendah yang lebih berstruktur.
02:04Katanya, penekanan terhadap persediaan ini selari dengan watlamat RPN untuk memastikan kesejahteraan murid diberi keutamaan bukan sekadar memenuhi kriteria umur kemasukan.
02:14Beliau berkata demikian dalam diskusi di Awani Pagi pada Kamis.
Comments