Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Pelaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun Satu secara sukarela tidak akan mengubah struktur pendidikan sedia ada.
Transcript
00:00Pelaksanaan kemasukan murid berusia 6 tahun ke tahun 1 secara sukarela tidak akan mengubah struktur pendidikan sedia-adat.
00:08Menurut Menteri Pendidikan, Fadlina Siddiq, tiada penambahan tahun persekolahan di peringkat rendah dan dasar itu juga tidak memberi sebarang kesan negatif terhadap keseluruhan sistem pendidikan.
00:22Dalam aspek pelaksanaan, beliau memberi jaminan pendekatan itu akan dilaksanakan secara berfasa, terkawal dan tidak tergesa-gesa.
00:28Dari sudut struktur pendidikan, pelaksanaan ini tidak akan mengubah tempoh persekolahan murid.
00:34Sama ada murid memulakan tahun 1 pada umur 6 tahun atau 7 tahun, semua murid tetap melalui 6 tahun pendidikan rendah dan 5 tahun pendidikan menengah selaras dengan struktur pendidikan sedia-adat.
00:45Oleh itu, tidak ada penambahan tahun persekolahan di peringkat rendah dan tiada kesan negatif terhadap keseluruhan laluan pendidikan murid.
00:52Perakasan ini bukan satu pendekatan baru, ialah amalan kemasukan yang telahpun dilaksanakan di banyak negara dan walaubagaan pun, KPM ingin menegaskan bahawa pelaksanaan dasar ini akan dilakukan secara berfasa, terkawal dan tidak tergesa-gesa.
01:08Sementara itu, Fadlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, bagi memastikan kesiap-siagaan prasarana menjelang pelaksanaan kemasukan murid berusia 6 tahun, pada tahun depan, kerajaan akan mengoptimumkan penggunaan prasarana sedia ada di sekolah.
01:23Bagaimanapun, penambahan prasarana seperti bilik darjah akan dilaksanakan secara berperingkat melalui sistem binaan berindustri IBS berdasarkan keperluan serta situasi setempat.
01:34Dari sudut sumber manusia pula, keperluan guru akan ditangani secara proaktif melalui pengambilan khas secara kontrak manakala penyediaan guru terlatih akan diteruskan menerusi program ijazah sajana muda perguruan serta program diploma lepasan ijazah pendidikan.
01:48Beliau berkata demikian, bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Roslan Hashim berhubung rasional membenarkan kemasukan murid ke tahun 1 pada usia 6 tahun serta sama ada Kementerian Pendidikan menjalankan kajian empirical atau penilaian impak sebelum cadangan itu dibentangkan kepada Dewan.
Comments

Recommended