Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan permohonan kemasukan pelajar bagi sesi akademik 2026/2027 melalui sistem UPUOnline dibuka mulai 29 Januari 2026. Permohonan melibatkan program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, dengan fasa permohonan ditetapkan mengikut kategori lepasan SPM, STPM dan setaraf.
Transcript
00:00Permohonan kemasukan pelajar bagi sesi Akademik 2026-2027 menerusi sistem UPU Online akan bermula pada 29 Januari ini.
00:10Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan Tinggi, KPT menerusi satu kenyataan rasmi.
00:17Antara lain, KPT memaklumkan permohonan kemasukan ini terbuka kepada pelajar yang berminat memohon bagi program sijil, asasi, diploma dan ijazah saljana muda.
00:27Kenyataan KPT menyebut bagi permohonan lepasan SPM serta fasa pertama lepasan STPM dan setaraf, permohonan boleh dibuat bermula pada 29 Januari hingga 23 Mac 2026.
00:40Manakala permohonan bagi fasa kedua lepasan STPM dan setaraf akan dibuka pada 13 April hingga 15 Mei 2026.
00:49Selain itu, pelajar yang ingin membuat permohonan dikendaki membeli nombor PIN UPU Online yang boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional BSN dengan harga bayarannya sebanyak RM10.60 mulai 28 Januari tahun ini.
01:04Sebanyak 363 program pengajian ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti serta Mara BPT seluruh negara.
01:14Sebarang pertanyaan mengenai permohonan UPU Online boleh diajukan ke bahagian kemasukan pelajar IPTA secara terus menerusi email upu.mohe.gov.my atau talian di 03-8684-2363.
01:34Terima kasih.
01:38Terima kasih.
Comments

Recommended