Skip to playerSkip to main content
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek beri jaminan bahawa kementerian akan mengambil langkah proaktif terutamanya dalam mempersiapkan prasarana dan bilangan guru mencukupi kepada murid #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Berbalik pada soalan Sri Gading, saya ingin memberikan jaminan begini, bahawa dalam kita merangka dasar, ia harus datang dengan strategi yang menyeluruh dan persiapan yang menyeluruh.
00:14Sebab itu dalam jawapan saya sebut tadi, bahawa kita memberikan tumpuan kepada mereka yang sukarela, kemudian ia harus diikuti dengan ujian diagnostik untuk memperkukuhkan persiapan itu dengan sokongan psikosocial dan kemudiannya berdasarkan apa yang kita lihat, persiapan prasarana itu juga sangat penting.
00:38Kegusaran ibu bapa ini valid sebab itu saya kata, kegusaran ini valid dan kita tidak boleh menafikan apabila mereka bertanya tentang adakah kelas cukup, adakah guru cukup.
00:49Itu soalan bagi saya yang kita kena jawab. Jadi sebab itu dalam jawapan saya sebentar tadi, saya telah menekankan bahawa unjuran guru ini dengan pihak SPP akan kita laksanakan dan kita akan ambil langkah proaktif.
01:02Maksudnya guru-guru COS, guru-guru persiapan guru ini kita akan segerakan yang berhormat.
01:07Bagi memastikan selepas kita dapat data ini dan dalam tempoh maknanya kita membuat tawaran ini kepada ibu bapa yang sukarela, kita akan tahu.
01:16Dan sekarang ini pun kita telah mempersiapkan dari segi pemetaan di mana negeri yang akan kita jangka ada permintaan, mana-mana sekolah yang kita jangka akan dapat limpahan ataupun sokongan berdasarkan dasar ini.
01:34Jadi ini semua telah pun kita ambil kira dan bahagian pembangunan kita juga bersedia untuk melaksanakan semua projek-projek yang terkait rapat dengan pembinaan kelas-kelas tambahan ini.
01:42Jadi insyaAllah, tapi saya juga ingin membuka ruang kepada yang berhormat sekalian.
01:47Sekiranya ada persoalan-persoalan itu nanti yang diterima daripada rakyat di kawasan-kawasan masing-masing, saya minta untuk terus diberikan kepada saya dan timbalan supaya kami terus boleh address isu-isu concern dalam masyarakat ini dan dasar ini kita dapat laksanakan dengan baik.
02:04Terima kasih.
Comments

Recommended