Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Fadhlina Sidek menegaskan murid berusia enam tahun bukan bahan uji kaji atau ‘tikus makmal’, sebaliknya pelaksanaan dasar itu telah dibincangkan dan dibahaskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, menjawab soalan tambahan mengapa dasar berkenaan tidak dilaksanakan secara percubaan sebelum diperkenalkan,
00:08Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq menegaskan, kanak-kanak itu bukan bahan uji kaji atau tikus makmal.
00:14Sebaliknya, pelaksanaan dasar itu sudah dibincangkan dan dibahaskan dalam Rancangan Malaysia ke-13, RMK13.
00:21Selain itu, katanya proses libat urus turut dilaksanakan menerusi jelajah masa depan pendidikan negara, portal cadangan pendidikan masa hadapan,
00:31serta pelbagai sesi perbincangan di peringkat akar umbi.
00:36Baik, saya ambil pendekatan begini, Yang Berhormat. Pertama, anak kita bukan untuk ujian makmal pun tikus makmal.
00:43Sebab itu, kita tekankan bahawa dalam konteks ini, kita nak bagi tumpuan kerana ia adalah dasar yang telah pun kita bincangkan, bahaskan dalam RMK13.
00:51Jadi, soal libat urus itu semua telah pun berlaku. Contohnya, dalam jelajah masa depan pendidikan negara, kita telah pun ada portal cadangan pendidikan masa hadapan,
01:02dan berbagai sesi libat urus di peringkat akar umbi yang menjurus kepada isu pendidikan awal ini dan penekanan kepada apa yang kita hasrat dan rancangkan itu.
01:12Itu yang pertama. Yang kedua, kita tidak berhasrat ia menjadi rintis yang berhormat.
01:16Sebab itu, kita sebut ia berfasa. Sebab itu, kita sebut ia sukarela. Sebab itu, kita sebut bahawa ia harus berlaku dengan sokongan diagnostik.
01:27Betul yang amat-amat Benda Menteri telah mengumumkan ia sukarela.
01:30Tetapi dari segi mekanismanya, itulah KPM yang tentukan mekanismanya mesti melalui proses diagnostik dan mesti ada sokongan emosi,
01:38psikosocial yang berhormat.
Comments

Recommended