Skip to playerSkip to main content
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata kementerian telah mengadakan pertemuan dengan platform X pada Rabu sebagai langkah susulan sekatan sementara akses AI Grok di Malaysia

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Berhubung sekatan sementara akses kepada aplikasi GROK tersebut, MCMC memantau pematuhan penyedia perkhidmatan internet terhadap arahan yang dikeluarkan serta keberkesanan kawalan kandungan oleh platform yang menyediakan aplikasi GROK.
00:14Sehingga kini, MCMC telah merekodkan 17 aduan atau laporan berkaitan aplikasi GROK yang merangkumi 6 aduan rasmi kepada MCMC, 2 laporan polis yang dikongsi pengadu kepada MCMC, 8 aduan melalui penandaan atau tagging media sosial untuk rujukan MCMC dan 1 laporan awal pertama, First Information Report yang dibuka oleh MCMC.
00:39Pada 21 Januari, iaitu semalam, saya telah mempenguruskan mesyuarat bersama wakil-wakil platform X yang bertanggungjawab bagi aplikasi GROK dan mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, kebenaran komunikasi dan MCMC.
00:55Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan dan komitmen daripada wakil-wakil platform X tentang langkah-langkah pencegahan, pengukuhan ciri-ciri keselamatan bagi pengguna dan usaha-usaha yang telah diambil untuk mematuhi Undang-Undang Malaysia dalam mencegah penyebaran kandungan yang memudaratkan dalam talian.
01:15Susulan daripada mesyuarat tersebut, wakil-wakil platform X telah mengesahkan bahawa langkah-langkah pencegahan yang perlu telah dilaksana terhadap aplikasi GROK,
01:25di mana pada masa ini, aplikasi tersebut tidak boleh disalahgunakan untuk menghasilkan penyuntingan image dan video yang berunsur lucah, sumbang dan seksual.
01:37Wakil-wakil platform X juga telah menegaskan komitmen dan kerjasama mereka untuk mencegah penularan kandungan-kandungan mudarat dalam talian melalui platform X dan aplikasi GROK.
01:48Berikutan komitmen yang dinyatakan dalam mesyuarat semalam, saya telah meminta wakil-wakil platform X untuk mengesahkan langkah-langkah yang telah dilaksana itu secara rasmi kepada pihak MCMC,
02:00agar MCMC selaku badan kawal selia boleh menilai keberkesanan langkah-langkah tersebut dan mengambil tindakan susulan atau tindakan kawal selia yang sewajarnya.
Comments

Recommended