Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan syarikat swasta berminat untuk membeli timbunan lumpur di kawasan terjejas banjir di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
Transcript
00:00Sementara itu, Presiden Indonesia Prabowo Subianto memaklumkan syarikat swasta berminat untuk membeli timbunan lumpur di kawasan terjejas banjir di wilayah Acir, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
00:14Menurutnya, urus niaga itu boleh mempercepatkan usaha memulihkan semula sungai kerana banyak menjadi cetek akibat mendapan lumpur, hasil banjir dan tanah runtuh.
00:24Beliau akui ia idea yang bernas dan boleh direalisasikan. Prabowo turut menyatakan bahawa penjualan lumpur tersebut memberikan manfaat kewangan secara langsung kepada kerajaan tempatan.
00:36Banjir besar dan tanah runtuh melanda Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat pada akhir November 2025, susulan hujan lebat tanpa henti selama berhari-hari disebabkan taufan senyak.
00:49Data daripada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan BNPB menunjukkan bahawa setakat 31 Disember, angka korban akibat bencana di ketiga-tiga wilayah berkenaan telah mencecah 1,141 orang termasuk 514 kematian di Aceh.
01:07Terima kasih.
01:08Terima kasih.
01:09Terima kasih.
01:10Terima kasih.
Comments

Recommended