Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) disasarkan menarik lebih 40 juta pelancong antarabangsa sekali gus menjana pulangan ekonomi signifikan kepada negara
Transcript
00:00Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Motec menyasarkan kemasukan lebih 40 juta pelancong antarabangsa tahun depan sempena tahun melawat Malaysia 2026, TMM 2026.
00:12Menterinya, Ratuk Seri Tiong King Singh berkata, sasaran itu sejajar dengan usaha berterusan kerajaan memperkukuh pertumbuhan sektor pelancongan.
00:20Pada masa sama, menjana pulangan ekonomi signifikan kepada negara.
00:24Memetik laporan utusan Borneo, Tiong berkata, sasaran awal ketibaan pelancong antarabangsa bagi tahun ini dianggarkan sekitar 38 juta orang.
00:36Bagaimanapun katanya, prestasi semasa menunjukkan angka tersebut berpotensi meningkat sehingga hampir 40 juta menjelang hujung tahun.
00:45Beliau menjelaskan, peluntukan sedia ada bagi promosi pelancongan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menarik lebih ramai pelancong dari pelbagai pasaran antarabangsa, khususnya negara-negara Asia.
00:59Usaha ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan jumlah ketibaan pelancong, malah memastikan pulangan mampan kepada ekonomi negara.
01:07Beliau berkata demikian dalam sindang media sempena Sibu Jaya Countdown 2026 pada malam Isnin.
01:13Mengulas mengenai fokus utama Visit Malaysia 2026, beliau menegaskan kepelbagaian budaya Malaysia merupakan antara tarikan terbesar yang perlu diketengahkan secara bersepadu dan berterusan.
01:27Beliau turut menyeru rakyat Malaysia agar bersedia menerima kedatangan pelancong asing dengan sikap terbuka serta saling menghormati antara satu sama lain.
Comments

Recommended