00:01Tindakan seorang lelaki membuat ugutan jenayah terhadap teman wanitanya yang merupakan seorang guru membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Magistret Melaka pada selasa.
00:13Tertuduh Mohamad Fazrul Azlan Khairuddin, 38 tahun, turut berdepan pertuduhan memiliki beberapa keping gambar lucah.
00:21Bagaimanapun, tertuduh yang bekerja sebagai pekerja kontrak itu mengaku tidak bersalah dihadapan Magistret Uthman Abdul Khani selepas kertas pertuduhan dibacakan.
00:32Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan niat mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada mangsa berusia 36 tahun dengan mengeluarkan kata-kata ugutan jenayah.
00:43Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 21 November 2025 sekitar jam 10 malam di sebuah rumah di Bertam dalam daerah Melaka Tengah.
00:54Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
01:06Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa pada tarikh, masa dan lokasi yang sama telah memiliki dalam simpanannya beberapa keping gambar lucah satu kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
01:20Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
01:27Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon ikat jamin rendah dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap sebagai pekerja kontrak.
01:36Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 30 Januari tahun depan.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments