00:00Pasangan suami isteri warga Itali yang bercuti di Taman Negeri Endau Rompin dipindahkan dengan selamat pada Sabtu.
00:07Ia selepas mereka terputus hubungan berikutan laluan masuk ke kawasan berkenaan di naiki air setinggi 2 meter.
00:14Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Syarif Syai Syarif Mondoi dalam satu kenyataan berkata,
00:19mangsa seorang wanita Giulia berusia 42 tahun dan suaminya Leonardo 43 tahun telah mendaftar masuk ke Taman Negeri itu pada 25 Disember lepas.
00:30Katanya pihak polis menerima laporan kira-kira 9.20 pagi daripada ejen syarikat pelancongan bahawa jalan masuk ke Taman Negeri Endau Rompin
00:39sejauh 600 hingga 800 meter tidak dapat dilalui akibat banjir sejak pagi Sabtu.
00:45Keadaan itu sekaligus menyukarkan usaha membawa keluar pasangan berkenaan.
00:50Susulan itu, dua anggota daripada balai polis Rompin diarahkan ke lokasi bagi mengesahkan kejadian
00:56bersama empat anggota Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia Rompin.
01:01Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 1.20 minit tengah hari
01:04dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Rompin sebelum diserahkan kepada ejen syarikat pelancongan.
Comments